29 March 2023

TAK TERMAKAN PUJUKAN CINCIN, BUNGA - DIANA DANIELLE NAFI DAKWAAN FARID KAMIL ADA ORANG KETIGA: "KALAU KANTOI KENAPA NAK BAWA BUNGA"



Nampaknya usaha pelakon Farid Kamil, 42, memujuk isterinya, pelakon dan penyanyi Diana Danielle, 32, dengan membawa sebentuk cincin emas dan sejambak mawar merah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, tidak berjaya apabila Diana tidak melayannya.

Diana bukan saja tidak mengambil cincin itu, malah bunga yang dibawa Farid hanya dibiarkan di atas kerusi di ruang menunggu.


Farid yang ditemui selepas proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga mereka itu meluahkan rasa kesal.

"Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin pada tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11.

"Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha balik untuk mendapatkan semua cincin-cincin ini. Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah," kata Farid sambil menunjukkan sebentuk cincin emas yang dibeli bagi menyelamatkan perkahwinannya bersama Diana yang kini dilanda badai.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, di ruang menunggu luar pintu Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah telah berlaku sedikit kekecohan dimana Farid cuba menjelaskan sesuatu dan seolah-olah seperti memujuk Diana sambil disaksikan peguam kedua-dua belah pihak.

Malah, Farid juga dilihat cuba memeluk isterinya itu, namun Diana terus menepis dan beredar.

Hari ini telah berlangsung sesi sebutan bersama JKP antara Farid dan Diana selepas pelakon itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.



Dalam sesi pendamaian tersebut, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, melantik pengurusnya bagi mewakili dirinya, manakala Farid melantik kakaknya.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Mei ini bagi pihak-pihak mengemukakan laporan JKP berhubung konflik rumah tangga mereka.

Sementara itu, Diana menafikan dakwaan Farid yang mengatakan ada pihak ketiga sehingga dia nekad untuk memfailkan perceraian.



"Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya. Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga.

"Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun.

"Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja," ujar Diana kepada media.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak mereka, Diana memberitahu, puteri keduanya iaitu Nur Aurora kini berada dalam keadaan trauma. Namun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: