29 March 2023

PENGHIJRAHAN ALMY NADIA BUKAN PAKSAAN: "SAYA SUDAH PUAS BERGAYA... KINI SAMPAI MASANYA UNTUK SAYA BERHIJRAH JADI ISTERI, IBU & HAMBA ALLAH YANG LEBIH BAIK"



"Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.

"Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu.


"Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.

"Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.

"Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik," demikian jelas pelakon Datin Almy Nadia, 37.

Akui Almy, dia berhasrat untuk berhijab seperti yang dituntut agama Islam, namun hatinya berbelah bahagi kerana bimbang jika sudah berhijab, suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 44, berpaling kepada wanita lain.

Bagaimanapun, kata Almy, selepas berbincang dengan suami yang tidak menghalang hasratnya itu, dia nekad berhijab kerana Allah SWT pada Jun tahun lalu.

Sementara itu, Almy turut berkongsi mengenai aktivitinya pada bulan Ramadan, dimana masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan empat anaknya yang masih kecil di rumah.

Dalam masa sama, Almy berkata, dia juga memberikan hadiah untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh, contohnya hadiah mainan pada Ramadan tahun lalu.

"Saya sibuk menguruskan anak-anak di rumah kerana anak yang bongsu, Nur Afrina Aishah masih menyusu badan.

Klik untuk gambar besar



"Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7, untuk berpuasa penuh.

"Cuma Nur Afrina Ayra, 5, yang belajar berpuasa pada Sabtu dan Ahad kerana dia belajar di sekolah cina.

"Sebelum ini kami bawa anak-anak menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tetapi bila ada anak kecil yang masih menyusu badan, kami hanya buat ibadah di rumah," ujarnya.

Sementara itu, kata Almy lagi, Fizz juga memperlahankan aktiviti seninya pada bulan Ramadan kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama anak-anak.

"Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang 'family man' seperti Fizz. Dia lebih suka berbuka dan bersahur dari air tangan isterinya di rumah. Saya juga akan memasak juadah berbuka mengikut permintaan suami dan anak-anak," tuturnya.

Untuk makluman, Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, 1 tahun 4 bulan.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Nur Afrina Darwisyah, 14.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: