29 March 2023

BILA FARID KAMIL DAKWA TAK KENAL SIAPA SYAMSUL YUSOF



Bukan hanya kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil yang hangat diperkatakan, malah isu dia dengan pengarah Syamsul Yusof turut menjadi bualan ramai.

"Saya tak kenal siapa dia," kata Farid kepada media dimana dia hanya memberikan jawapan sinis mendakwa dia tidak mengenali Syamsul Yusof sambil tersenyum, apabila ditanya mengenai pengarah itu yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


Tindakan itu diambil susulan kenyataan Farid sebelum ini yang mendakwa pengarah 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada tindakan diambil.

Bagaimanapun, Farid memilih untuk mengunci mulut selepas mengeluarkan kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pernah dipukul oleh suaminya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, wanita bernama Diana yang ditulis Farid dipercayai merujuk kepada isterinya, pelakon Diana Danielle.

Untuk info, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan itu terlerai pada penghujung 2008.

Diana kemudian bercinta dengan Farid sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: