17 March 2023

KESAL DIFITNAH SEBAGAI 'KAKI BULI' MASA SEKOLAH - UQASHA SENROSE MAHU BERTEMU INDIVIDU TERBABIT, SERAH KEPADA POLIS



Semua sedia maklum mengenai perkara yang menimpa pelakon Kamal Adli dimana suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu cedera dipukul seorang individu yang tidak dikenali menggunakan cota besi sehingga terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.

Terkini, Uqasha tampil meluahkan rasa kesal, selain terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli ketika zaman persekolahan oleh seorang individu.


"Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi pada saya dan suami, ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli... Dengan satu gambar itu saya dah di cop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?

"Dalam keadaan begini lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli," tulisnya.

Menerusi kenyataan itu lagi, Uqasha yang tidak mahu dirinya terus difitnah berkata, dia akan berjumpa dengan individu tersebut serta menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Klik untuk gambar besar



"Kepada anda yang sudah menabur fitnah teruk, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.

"Allah itu Maha Besar. Anda boleh sekat (block) saya di media sosial tetapi segala bukti perbualan anda kami dah dapat. Dunia ini kecil," katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter ada memuat naik video meluahkan rasa simpati di atas apa yang terjadi pada suami Uqasha yang diserang ketika di sebuah acara di Singapura.



Posting berkenaan dibalas oleh seorang wanita mengatakan jangan terpedaya dengan tangisan pelakon wanita itu serta mendakwa dia pernah dibuli oleh isteri Kamal secara mental ketika zaman persekolahan.

Malah, wanita itu juga mendakwa pelakon wanita terbabit melakukan gangguan seksual terhadapnya dengan menyantuh dada tanpa izin.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut menunjukkan bukti dengan memuat naik gambar sekelas dengan pelakon wanita berkenaan.



Dakwa wanita itu lagi, dia mengalami tekanan serta merayu pada ibunya untuk berpindah sekolah dan pernah mahu membunuh diri.

Perkongsian wanita itu menjadi tular, selain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut pendedahan berkenaan.

Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan tindakan wanita tersebut membuat pendedahan berkenaan sedangkan ianya cerita lama.

Namun, rata-rata netizen mempertahankan wanita tersebut mengatakan disebabkan buli boleh membuatkan seseorang itu trauma bertahun-tahun sedangkan si pembuli hidup senang tanpa rasa bersalah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: