17 March 2023

JULIA FARHANA PADAM GAMBAR LAMA, SAHKAN SUDAH BERTUDUNG



Baru-baru ini, pelakon Julia Farhana menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran terbaru dimana dia dilihat tampil bertudung. Menerusi satu video kempen, Julia memaklumkan ketika rakaman itu dibuat, dia belum lagi mengenakan tudung, sekaligus mengesahkan dirinya kini sudah bertudung.

"Disclaimer : Rakaman ini dibuat sebelum Ju (panggilannya) bertudung. I am obligated to my responsibility for this collaboration according to the scheduled posting," tulisnya.


Apa yang lebih menarik perhatian, Julia turut bertindaknmemadam gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat sebelum ini.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen memuji kecantikan Julia yang tampil bertudung ketika hadir ke sebuah acara baru-baru ini.

Sebelum ini, Julia mengumumkan dirinya selamat bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 20 Disember lalu selepas dua minggu bernikah.

Klik untuk gambar besar











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: