17 March 2023

YUSOF HASLAM TAWAR AARON AZIZ BERLAKON FILEMNYA SELEPAS 'DIBUANG' SYAMSUL: "SAYA AMBIL DIA KEBETULAN SAHAJA... BUKANNYA SEBAB NAK BALAS DENDAM KE APA"



Semua sedia mengetahui mengenai pelakon Datuk Aaron Aziz dimana dia mengesahkan tidak terlibat lagi dalam filem 'The Original Gangster' arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, Aaron enggan mendedahkan punca dia dibuang kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.


Meskipun begitu, Aaron telah menerima rezeki lain apabila ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam dalam filem terbaharu terbitan produksinya Skop Productions.

Jelas Yusof, beliau mengambil Aaron berlakon adalah secara kebetulan apatah lagi pelakon itu digugurkan dan tiada niat lain.

"Sebenarnya pada ketika itu memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.

Klik untuk gambar besar



"Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.

"Benda ini tiada niat, Syamsul itu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada (niat) itu," katanya.

Dalam pada itu, Yusof memaklumkan, dia tidak mahu mengambil tahu mengenai kemelut melanda antara Aaron dan anaknya, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Bagi saya mungkin ada salah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digugurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat. Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa prejudis.

"Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya… begitu juga dengan Aaron. Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik," ujarnya.

Sementara itu, Yusof mengakui sedih apabila ada yang berkata mahu memboikot filem arahan Syamsul kerana kemelut rumah tangganya dengan isteri pertama, pelakon Puteri Sarah Liyana.

"Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

"Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, itu masalah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: