31 March 2023

MIA SARA KESAL DIFITNAH BUKA TUDUNG DAN BERPARTI



"Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati," ujar pelakon Mia Sara, yang sekaligus menafikan dakwaan yang dia membuka tudung dan berparti sebagaimana ditularkan di media sosial.

"Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.



"Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah," tambah Mia Sara dipetik sebagai berkata kepada media.

"Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinya. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.

"Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan," kata bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan yang turut sedih dan berharap kontroversi yang melanda anaknya dapat dihentikan.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: