16 March 2023

NOH HUJAN: "SAYA TAHU SAYA BUKAN ANAK YANG BAIK... DOSA PALING DAHSYAT SAYA ADALAH PATAHKAN HATI IBU BAPA"



Menerusi konsert Patah Hati di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi, dimana dihadiri lebih 2,400 penonton, penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh menyifatkan tema konsert berkenaan berkait rapat dengan kisah hidupnya.


Bagaimanapun, Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh yang menyambut ulang tahun ke-38 semalam itu memberitahu, persembahannya pada malam itu cukup istimewa apabila dihadiri ibu bapanya.

"Kisah hidup saya sama seperti tema konsert ini... Patah Hati. Sempena ulang tahun saya yang ke-38 ini, saya tahu saya bukan anak yang baik. Saya banyak mengecewakan mereka.

"Dalam jutaan orang yang saya patahkan hati, saya akui ada tersalah cakap sepanjang menjadi seorang seniman. Antaranya kepada peminat, wartawan dan bekas teman wanita, tapi saya rasa dosa yang paling dahsyat adalah bila saya patahkan hati kedua ibu bapa saya.

"Tolong maafkan segala dosa saya yang cuba harungi di dunia yang penuh kejam ini. Di hadapan peminat ini tolong maafkan saya," katanya.

Tambah Noh, dia tidak menyangka apabila sambutan Konsert Patah Hati cukup luar biasa walaupun diadakan pada hari biasa.

Klik untuk gambar besar



"Nak menjual tiket memerlukan usaha yang sangat tak masuk akal. Bila lihat kehadiran anda semua di sini buat saya fikir penganjur ini hebat.

"Ini hari Rabu bukan hujung minggu, jadi ini menunjukkan bahawa industri muzik Malaysia sihat dan artis Malaysia sudah tahap Blackpink," ujarnya.

Noh yang tampil pada persembahan penutup mendendangkan beberapa buah lagu popularnya seperti 'Angin Kencang', 'Sang Penikam', 'Bila Aku Sudah Tiada', 'Kotak Hati' dan 'Aku Skandal'.

Konsert Patah Hati berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran peminat yang begitu bertenaga dan 'sporting' sepanjang lebih tiga jam konsert terbabit berlangsung.

Walaupun diadakan pada hari waktu bekerja namun acara yang membariskan nama-nama besar seperti Ernie Zakri, Naim Daniel, Aisha Retno, Imsomniacks, dan Nastia itu tetap 'full house'.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: