16 March 2023

SAJAT TRAUMA DISERANG ABANG LONG 'AUSSIE' SECARA SEKSUAL DI SALUN KECANTIKANNYA



Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat baru-baru ini mendedahkan, dia telah diserang secara seksual di salun kecantikannya di Australia pada 17 Februari lalu.

Sajat yang berkongsi kejadian tersebut menerusi siaran langsung di laman sosialnya itu berkata, dia tak sangka lelaki yang juga salah seorang pelanggannya itu berniat jahat.


"Saya betul-betul trauma. Banyak orang tak faham bila kita diserang dengan orang yang kita sangka 'customer'. Rupanya dia ada berniat jahat," katanya.

Menurut Sajat, lelaki dipercayai gengster itu turut mengugut dan meminta wang perlindungan di kawasan didiami usahawan itu.

Dakwa Sajat, lelaki setinggi 187 sentimeter (cm) itu masuk ke salunnya dan cuba memperkosanya.

Tambahnya, ketika kejadian, dia sedang merawat pelanggan wanita yang datang untuk perkhidmatan 'waxing' seluruh badan.

"Pelanggan wanita itu sepatutnya menjadi pelanggan terakhir pada hari itu, dan dia segera beredar selepas mendapatkan rawatan di kedainya.

Klik untuk gambar besar



"Ketika pelanggan wanita itu pergi, penyerang masuk ke salun dan mengunci pintu depan untuk menghalang pelanggan baharu daripada masuk.

"Serangan seksual itu kemudian berlaku di dalam bilik di salun kecantikan, jauh dari pintu depan," kongsinya.

Kata Sajat lagi, lelaki itu pernah berkunjung ke salunnya sebelum ini dan datang semula pada hari kejadian untuk mendapatkan khidmat 'waxing' kening.

Bagaimanapun, jelas Sajat, selepas dia menyapu kening lelaki itu, penyerang bertindak menutup pintu bilik dan menariknya sambil memberitahu bahawa dia meminati Sajat.

"Saya merayu untuk berhenti tetapi dia tetap berkeras. Dia kemudian menampar muka saya selepas saya menyatakan bahawa salun saya mempunyai banyak kamera litar tertutup (CCTV) tersembunyi, kerana dia beranggapan salun saya tiada CCTV.

"Dia juga mencekik saya dan saya memutuskan untuk tidak melawan kerana bimbang dicederakan atau dibunuh," tuturnya menerusi siaran itu, namun tidak dapat meneruskan ceritanya kerana sebak.

Sajat berkata, dia kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan daripada ahli terapi serta kerajaan Australia.

Sejak kejadian itu, salunnya masih ditutup kerana kebimbangan dan kemurungan selain masih bergelut untuk sembuh daripada trauma.

"Pihak profesional kesihatan mental dan kerajaan Australia membantu saya untuk bangkit semula dengan memberi pampasan dan membayar sewa sementara kedainya ditutup," ujarnya.

Dalam pada itu, penyerang berkenaan ditahan polis selepas Sajat membuat laporan dan memberikan rakaman CCTV kejadian itu kepada pihak berkuasa.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: