17 March 2023

ADIRA HADIAHKAN MADU GELANG & CINCIN SEMPENA HARI LAHIR BUAT NETIZEN SEBAK & KAGUM



"Selamat hari lahir kakak sayang, tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab besok takut x sempat singgah," tulis penyanyi Adira Suhaimi, dimana dia menyambut hari lahir madunya, Datin Seri Syarifah Nor atau dikenali Datin Red dalam sebuah majlis serba ringkas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram baru- baru ini, Adira dilihat telah memeluk erat dan menyuap kek hari lahir selepas menghadiahkan seutas gelang serta sebentuk cincin.


Perkongsian penyanyi yang berusia 31 tahun itu telah berjaya meraih perhatian ramai.

Dalam pada itu, Datin Red menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adira kerana sanggup meluangkan waktu dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi seorang kakak yang baik untuknya.

"Saya tak nak kata apa. Tiba-tiba kata nak datang rumah. Tiba-tiba kata OTW (on the way). Sebenarnya hari ini saya burnout gila. Tiba-tiba Allah hantarkan aku orang yang baik.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih sudah bersabar menjadi adikku. Maafkanlah kakakmu ini yang banyak kekurangan. Adira terima kasih tak tahu nak balas macam mana kebaikan awak," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan sebak apabila melihat hubungan diantara Adira bersama Datin Red yang sangat akrab walaupun hidup bermadu.

Malah, ramai yang memuji cara suami mereka yang merupakan seorang ahli perniagaan, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dapat menguruskan kedua-dua isterinya dengan adil dan baik sekali.



Dalam pada itu, netizen mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilindungi Allah selalu dan berharap selalu bahagia hingga akhir hayat.

Untuk makluman, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: