18 March 2023

TERIMA SURAT TUNTUTAN DARIPADA BEKAS SUAMI & IZREEN AZMINDA - INTAN SALEH SUDAH LANTIK PEGUAM



"Baru-baru ini Intan telah menerima surat tuntutan daripada bekas suami dan isteri barunya atas terbitan posting yang dibuat oleh pihak beliau. Tak ada masalah saya ada, kita jalan terus!"

Demikian tulis peguam yang mewakili Intan Liyana Saleh menerusi satu kenyataan dimana mereka terpanggil untuk membantu Intan secara percuma bagi mendapatkan keadilan.


Perkongsian Intan Saleh di laman Instagram menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama peguam yang akan membantunya bagi kes tuntutan difailkan oleh bekas suami, Ude Wahid dan isterinya, pelakon Izreen Azminda.

Menerusi entri itu, Intan turut meluahkan rasa syukur kini sudah pun mempunyai peguam yang akan menguruskan kesnya itu.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai konflik antara Intan dan bekas suami menjadi perbualan apabila dilihat masing-masing berbalas kenyataan di media sosial.

Tidak lama selepas itu, isteri kepada pemuzik itu turut sama membuat kenyataan yang seakan-akan ditujukan kepada Intan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: