05 April 2023

ANAK BONGSU LAHIR 14 APRIL INI - JAMAL ABDILLAH AKUR DOKTOR TAK BENARKAN ISTERI HAMIL LAGI



"Alhamdulillah, sambutan hari raya Aidilfitri saya sekeluarga tahun ini bersama cahaya mata baharu yang juga bayi perempuan akan dilahirkan isteri pada 14 April ini secara pembedahan.

"Ikutkan saya, mahu tarikh 1 April lalu untuk isteri lahirkan anak bongsu kami bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6, tapi doktor kata tarikh itu tidak sesuai dan memberikan tarikh 14 April ini.


"Tak nafikan banyak juga nama yang dicadangkan kepada saya menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagram yang jumlahnya beratus juga. Tapi, Alhamdulillah saya dapat juga mencari sendiri nama sesuai dan mempunyai makna yang baik untuk anak.

"Cuma, nama yang dipilih itu biarlah saya rahsiakan dulu. Saya akan umumkan (nama) selepas bayi lahir nanti, baru 'best' (sedap) nak cakap. Tambah pula, bayi dah ada depan mata dan saya dapat menimangnya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, dah empat orang (anak) cukup lah. Doktor pun nasihatkan dan tak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.

"Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri saya sekarang berada dalam keadaan baik," ujar penyanyi legenda, Jamal Abdillah, 63, yang teruja dan tidak sabar bakal menyambut kelahiran anak keempatnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, pada 14 April ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: