05 April 2023

TAK PAKSA PAKAI TUDUNG - AWAL ASHAARI SERAH KEPADA SCHA ALYAHYA BUAT KEPUTUSAN



Pasti ramai yang berharap isteri kepada pelakon dan pengacara Awal Ashaari, Scha Alyahya tampil bertudung, selepas mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu, namun Awal menjelaskan, dia tidak memaksa Scha melakukan perubahan bertudung sepenuhnya, selain mengakui isterinya itu kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab.

"Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan. Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah.


"Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu. Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya, ujarnya.

Menyifatkan penghijrahan bukan perkara mudah, Awal berkata, dia bukan tidak ingin memaksa isterinya, namun dia yakin ianya akan datang dengan sendiri dan menyerahkan kepada Scha untuk membuat keputusan.

Klik untuk gambar besar



"Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung. Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.

"Kalau cakap tak paksa Scha, nanti ­netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga. Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal," kata Awal yang hanya mendoakan yang terbaik buat isterinya itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: