05 April 2023

"SAYA ANGGAP MACAM ABANG..." - HAWA RIZWANA AKUI ZIZAN JENIS KUAT USIK BUAT RAMAI SALAH SANGKA



"Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia sebelum ini. Kami tiada apa-apa (hubungan) pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni.

"Kebelakangan ini pula kami kerap dilihat bersama kerana terbabit dalam telefilem sempena Aidilfitri bawah arahan Michael Ang. Zizan jenis kuat mengusik dan suka kongsi gambar ketika penggambaran dalam media sosial. Mungkin dari situ orang salah sangka.


"Berkenaan soal hati pula, perjalanan saya masih panjang kerana banyak lagi kembara yang perlu saya tempuhi dalam usaha menggapai impian. Itu juga antara sebab saya lebih selesa tidak melayan usikan atau gosip kerana meletakkan tanggungjawab terhadap kerja, berbanding peribadi."

Demikian kata pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana yang menepis gosip mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak, selain menegaskan hubungan mereka seperti abang dan adik.

Tak apalah Zizan kalau kena 'friendzone' lagi... Usia hampir 39 tahun itu bukan penghalang buat Zizan untuk berputus asa mencari jodoh. Kami doakan semoga Zizan bertemu jodoh suatu hari nanti. Amin.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: