08 April 2023

ANAK MASUK NICU AKIBAT JANGKITAN KUMAN - SAFWAN NAZRI SEDIH, BIMBANG EMOSI ISTERI YANG KINI BERPANTANG



"Sebelum ini isteri pernah gugur dan nak dapatkan anak yang ini pun bukan mudah. Jadi saya memang agak trauma bila anak masuk hospital.

"Baru sahaja nak rasa perasaan gembira dapat cahaya mata, tetapi diberi ujian sebegini pula. Nak dekat dengan baby pun tak boleh," ujar pelakon Safwan Nazri apabila berdepan ujian dimana anaknya yang baru berusia 26 hari terpaksa dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Kata pelakon berusia 29 tahun itu, anaknya yang diberi nama Cinta Sofia, kini masih lagi dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan berkemungkinan Sofia terkena jangkitan itu daripada orang yang datang melawat anaknya itu di rumah.

"Kita pun tak boleh nak halang orang nak datang melawat anak. Perkara dah nak jadi. Saya tidak boleh nak salahkan sesiapa tapi perlu beringat bahawa bayi ini amat sensitif.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang anak saya dalam wad pengasingan dan doktor berikan antibiotik untuk tempoh lima hingga tujuh hari. Jika semuanya okey akan dibenarkan pulang," jelasnya yang turut meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan isterinya yang masih dalam tempoh berpantang.

"Isteri memang sedih dan beremosi. Sayalah kena kuat untuk dia. Saya pun dah tak boleh nak fikir hal lain sekarang sebab kena beri tumpuan kepada anak kami," tutur Safwan yang mendirikan rumah tangga dengan Fathin Nur Amalina pada Mac tahun lalu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: