08 April 2023

"10 KALI SAYA JALANI PEMBEDAHAN" - NAZ RAHMAN DEDAH HIDAP TUMOR DALAM PERUT PUNCA SUSUT 14 KILOGRAM



"Saya pernah ada tumor di dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus, 'kau ni hisap dadah ker?'. Tapi dari dulu sampai sekarang sebab perut saya dah kurang 15 peratus. Apabila bulan puasa berat badan saya akan menjadi semakin susut sampaikan produksi pun banyak tanya adakah saya sakit? Ya memang betul saya sakit, tapi Insya-Allah masih boleh bekerja.

"Alhamdulillah, tumor itu dah berjaya dikeluarkan dan saya perlu menjalani check up setiap tahun. Setiap tahun apabila doktor dimaklumkan keadaan saya bebas dari tumor, saya bersyukur dapat kembali bekerja," demikianlah jelas pengacara dan pelakon, Naz Rahman, 44, yang mendedahkan dirinya kehilangan lebih 14 kilogram berat badan selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut jenis gastrointestinal stromal tumor (GIST).


"Jujur saya katakan saya hilang 14 kilogram. Ini baju yang dipakai ketika berkahwin (15 tahun lalu), cukup fit badan tapi sekarang bahu pun dah jatuh. Semua dah susut dan saya tak boleh nak tambah berat badan.Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk peminat yang bertanya kenapa kurus, minta maaf saya tak suka nak uar-uarkan tapi sakit ini akan berpanjangan dan saya akan macam ni sampai bila-bila tapi akan terus ceria.

"Saya boleh makan macam biasa, saya bila buka puasa sikit saja. Saya sepatutnya makan lima kali sehari tapi portion kecil sahaja. Bayangkanlah puasa, sahur makan sikit, buka puasa pun sikit," tuturnya yang turut memberitahu, dia perlu terus kuat demi isteri, Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.

Klik untuk gambar besar



"Ini merupakan pembedahan saya ke sepuluh. Macam-macam dugaan dalam hidup ini, apa yang jadi ujian daripada Allah, tapi macam mana reaksi kita kepada cubaan itu yang penting. Saya ada pilihan, nak sedih, down, depress... memang patut, tapi demi anak-anak dan isteri saya, saya tak mahu.

"Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasa nikmat kehidupan dan saya masih nak lihat anak-anak saya membesar, jadi saya ambil keputusan untuk positif!" kata Naz yang masih ceria seperti sediakala, meskipun kinibkelihatan semakin cengkung dan berbeza berat badan berbanding sebelum ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: