08 April 2023

BUKAN CINCIN KAHWIN - UBAI JELAS CINCIN ITU SEBAGAI TANDA KE HUBUNGAN YANG LEBIH SERIUS



"Bukan cincin kahwin tapi cincin tanda untuk hubungan yang lebih serius. Doakan yang baik-baik untuk kami. Kami tak rancang, hanya kebetulan. Ketika itu kami nak berbuka lepas tu ternampak kedai cincin dan saya tertarik dengan sebentuk cincin.

"Kemudian dia cuba dan berkenan lalu saya pun beli. Jadi cincin tu saya jadikan sebagai tanda untuk perhubungan kami. Setakat ini kami memang ada merancang untuk ke fasa seterusnya tetapi buat masa sekarang saya lebih memberikan fokus kepada kerjaya saya sebagai seorang producer.


"Saya juga menasihati Shila untuk fokus terhadap kerjayanya tambahan pula selepas sahaja puasa dia harus memberikan fokus untuk konsert pula," itulah jelas pempengaruh media sosial, Ubai berhubung cincin yang dibeli kepada cinta hatinya iaitu penyanyi Shila Amzah merupakan cincin tanda, bukan cincin kahwin.

Sebelum ini, Shila membuat kejutan dengan memuat naik video beserta kapsyen "akhirnya Sha setuju, terima kasih buat semua yang mendoakan baik-baik. Semoga Allah permudahkan segalanya" di akaun Instagram membuatkan ramai yang teruja.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: