11 April 2023

DA'I SYED AKHIRNYA BEBAS SEPENUHNYA DARIPADA KES ROGOL, PERSETUBUHAN LUAR TABII & CABUL



"Alhamdulillah ya الله✨. Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah & keluarga saya . Harini tepat 19 Ramadhan, saya dilepaskan & dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

"Benarlah 'Air hujan yg jernih turun dari awan yg gelap .." demikian luah pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.


Beliau kini bebas daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu.

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, pada 31 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Difahamkan juga, Da'i Syed kini bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: