11 April 2023

GARA-GARA GURAU BERTELEKONG & MENYUSU BABY, IQBAL MOHON MAAF



“Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial.

“Gurauan ini adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga. Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika ada,” kongsi usahawan Iqbal Zulkefli, yang teruk dikecam kerana video bertelekong dan seolah menyusukan baby.


Menurut Iqbal, dia tiada niat untuk mempersendakan kaum wanita tetapi untuk berkongsi kepada orang ramai bahawa dirinya seorang yang mudah didekati. “Niat saya mahu orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang serius setiap masa, membuatkan orang segan mendekati.

“Malah saya fikir banyak filem, drama dan artis lain berjenaka begitu. Jauh sekali menghina Tidak pun saya terfikir menyerupai wanita,” katanya yang turut memohon maaf di atas video tersebut dan mendakwa sudah pun memadam video berkenaan.

Bagaimanapun, hasil carian kami, video tersebut masih ada berlegar di Tik Tok. Mungkin ianya disiar menggunakan akaun lain agaknya. 🤔

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: