11 April 2023

UQASHA 'UPDATE' KESIHATAN TERKINI SUAMI - KAMAL ADLI DITEGUR MAKIN KURUS



"Alhamdulilah untuk semua doa.. @kamaladli strong ❤️.. syukur keatas Mu Ya Allah 🙏🏻, " tulis pelakon Uqasha Senrose yang turut menyertakan tanda pagar 'suami saya dah sihat' menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Selepas hampir sebulan insiden diserang individu tidak dikenali berlaku, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, telah berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan suaminya, pelakon Kamal Adli.


Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira dengan perkembangan terkini suami Uqasha, namun ada juga segelintir netizen yang mengatakan Kamal kelihatan semakin kurus selepas pulih dari kecederaan yang dialami.

Terdahulu, pelakon filem 'Abang Long Fadil' itu dipukul dengan menggunkan cota besi ketika berada di acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: