11 April 2023

WANY HASRITA SAHKAN BAKAL BERGELAR IBU - KANDUNGAN KINI 6 BULAN



"Benar, saya hamil. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk. Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dengan ditemani ibu.

"Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang masih belum diputuskan," demikian dedah penyanyi lagu 'Menahan Rindu', Wany Hasrita yang mengesahkan dirinya berbadan dua selepas berteka-teki mengenai kehamilan dan kini kandungannya mencecah enam bulan.


Dijangka bersalin Julai depan, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkata, dia belum memutuskan akan bersalin dan tempoh berpantang di sini atau Kuching, Sarawak, di mana suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, bertugas sebagai juruterbang.

Sebelum ini, timbul spekulasi, Wany hamil selepas muncul pada persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Februari lalu, apabila tanda 'baby bump' terlihat pada perut, biarpun mengenakan baju besar, namun ketika itu, Wany enggan mengumumkan kehamilan selagi bayi belum dilahirkan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Wany tidak lagi menyembunyikan kehamilan apabila secara terbuka berkongsi dengan dua hos gandingan, iaitu Khir Rahman dan Amin Idris, pada siaran langsung program Borak Dulu Baru Buka di TV Okey, baru-baru ini.

Pada sesi tersebut, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan itu mengaku perlu makan untuk 'dua orang' sekali gus menandakan dirinya berbadan dua.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: