11 April 2023

FARID KAMIL BERI TAWARAN PENDAMAIAN BERJUMLAH RM319,700 KEPADA DIANA DANIELLE



Ewahhh... Cincin Diana Danielle yang hilang digantikan oleh Farid Kamil dengan enam cincin dan dua rantai. 🤗

Dengarnya ia adalah usaha untuk mengambil hati isteri tercinta. Mari doakan moga dipermudahkan urusan tersebut. 😍


Selain itu, menurut Farid, tawaran lain termasuklah, sebuah kereta Toyota Model Vellfire bernilai RM225,000 dan barang kemas bernilai RM10,700.

Bukan itu saja, turut dikemukakan wang pendahuluan nafkah selama empat bulan iaitu dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000 serta bayaran balik tiket Umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Klik untuk gambar besar



“Saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, , Diana Danielle Danny Benson tawaran seperti berikut sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Saya harap tawaran berjumlah RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: