11 April 2023

"BAYARAN TIDAK SETIMPAL & AMAT RENDAH... LEBIH BAIKLAH SAYA DUDUK RUMAH & BEREHAT" - WAN MAIMAUNAH



"Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem.

"Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya," tutur pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, yang memberitahu, isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sebenarnya sering diluahkan pelakon lain dan sudah lama, namun sehingga sekarang masih belum ada jalan penyelesaian yang dicapai.


Mengulas dirinya dikatakan pelakon Gred A, Wan Maimunah menjelaskan, itu orang yang melabelkannya. Hakikatnya, hanya dia dan pihak produksi yang tahu jumlah bayarannya.

"Saya tetap yakin Allah selalu bersama hamba-Nya yang tidak putus berdoa. Setakat ini untuk makan minum saya masih mampu diurus. Malah, kalau keluar makan di luar sekali-sekala pun, akan ada orang yang saya tidak kenali membayarnya. Tahu-tahu saja sudah dibayar.

Klik untuk gambar besar



"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati itu dan mendoakan agar terus dimurahkan rezeki. Sesungguhnya, Allah membantu kita dalam banyak cara yang tidak diduga. Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid Sibir) baru habis belajar di universiti dulu.

"Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini," ujarnya yang turut berkata, disebabkan diskriminasi bayaran dilalui itu, dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: