11 April 2023

DAKWA DIANA SALAH LETAK KETIKA LAHIRKAN AURORA - FARID KAMIL MINTA ISTERI BERTAUBAT



"Sebenarnya, cincin perkahwinan yang saya berikan itu dipakai Diana. Ketika melahirkan Aurora secara kelahiran dalam air (water birth) di Bangsar, dia salah letak memandangkan semua aksesori termasuklah barang kemas perlu ditanggalkan. Jadi, dia buka dan simpan dalam beg. Namun, selepas selesai proses bersalin, kami mencari cincin itu tapi tak jumpa.

"Bila kami gagal, Diana bersedih dan menangis. Untuk menghalangnya daripada terus bersedih di samping anak kedua kami, saya jelaskan kepadanya bahawa cincin itu bukanlah keutamaan jika dibandingkan dengan kegembiraan (menyambut cahaya mata) kami pada ketika itu memandangkan ia dapat dibeli. Saya tak sangka pula benda ini boleh menjadi satu perkara besar.


"Saya berjanji saya akan cari yang baharu dan Alhamdulillah, hilang satu cincin, saya gantikan dengan enam cincin dan dua rantai. Sepatutnya, saya bawa barang kemas ini ke Mahkamah Subang Bestari tempoh hari. Cumanya, saya tak boleh bawa sebab jumlahnya yang banyak. Buat masa sekarang, saya berharap agar dia berlembut hati untuk menerima tawaran saya, sebab buat masa sekarang, ini sahajalah yang mampu saya berikan.

"Saya harap, dia boleh terima dan ampunkan kesalahan saya. Apa sangkaan mereka terhadap saya, saya mohon maaf. Saya harap, dia maafkanlah dan jangan pisahkan saya dengan anak-anak dan isteri saya. Semua perkara itu akan ditentukan mahkamah kerana saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang cuma menuntut mengikut hukum hakamnya.

Klik untuk gambar besar



"Saya tetap mahu menyelamatkan rumah tangga ini. Saya memang sayangkan Diana dan anak-anak. Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dilakukannya, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak mampu nak ampunkan. Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak saya."

Itulah kata pelakon Farid Kamil yang turut menitiskan air mata saat ditemubual media di perkarangan mahkamah selepas selesai prosiding sulh yang tidak dapat diselesaikan apabila isterinya, pelakon Diana Danielle gagal hadir dan tarikh prosiding sulh kedua ditetapkan pada 25 Mei ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: