11 April 2023

FARID TERKEJUT IBU MENTUA 'MUNCUL' SELEPAS 'DIHALAU' ISTERI - DIANA DANIELLE TOLAK 'TAWARAN'



"Sebenarnya sudah lama saya tak dapat hubungi Mama (Norsiah) kerana setahu saya dia sudah dihalau Diana keluar dari rumah kami sejak tahun 2019. Tapi tiba-tiba pada tahun 2023 Mama muncul di sini (mahkamah baru-baru ini) bersama Diana, itu benar-benar mengejutkan saya," demikian ujar pelakon dan pengarah Farid Kamil, 42, yang berasa musykil apabila isterinya, Diana Danielle, 32, kini sudah berbaik semula dengan ibu kandungnya, Norsiah Ramli.

Farid berkata demikian ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mentua selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak lagi tinggal sebumbung dengannya.


"Pada saya Diana perlu jelaskan kepada saya sebab apa dia menghalau Mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu. Bila jadi begini, tiba-tiba Mama muncul, saya pun terkejut kerana saya pula dah lama 'lost contact' dengan dia sebab Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya," tutur Farid yang akui, dia sendiri tidak mengetahui lebih terperinci tentang punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.

Sementara itu, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson telah menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan Farid, hari ini, kerana tidak mahu apa-apa daripada suaminya itu.

Klik untuk gambar besar



"Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik. Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai," kata peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader dimana beliau menjelaskan, anak guamnya cuma mahu satu 'amount' yang berpatutan serta nafkah untuk dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

"Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian," ujarnya lagi yang memaklumkan, Diana menolak tawaran Farid kerana ia tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: