12 April 2023

ANAK 'HADIAHKAN' ANUGERAH PENGETUA, POINTER TINGGI DI MRSM - RITA RUDAINI LUAH SYUKUR, BANGGA



"Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM... tahun ni Ryan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi... syukur Alhamdulillah...

"Mommy tak mintak lebih cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya... peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita 😌...


"Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain... terima kasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untuk ku... sudah memadai... rezeki RAMADHAN 🤍," tulis pelakon Rita Rudaini yang berkongsikan momen anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin menerima Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.

Melihat pada perkongsian itu, Rita turut memuat naik video memaparkan anak lelakinya itu menerima sijil dan piala di atas pentas.

Klik untuk gambar besar


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: