12 April 2023

PELAKON SHAHRONIZAM REDA JARI KELINGKING TERPUTUS KETIKA POTONG AYAM



Malang tak berbau... Demikian yang dihadapi pelakon Shahronizam Noor, 51, apabila jari kelingkingnya putus dan terkulai selepas pisau terlepas daripada pegangan ketika memotong ayam di rumahnya, semalam, sebelum suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu dikejarkan ke Hospital Ampang, bagi menerima rawatan.

Menerusi laporan Berita Harian, anak tiri Shahronizam iaitu Daniel Hairi mengesahkan insiden malang itu dengan berkongsi, kejadian berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.


"Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan. Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam. Melihat jari kelingking terkulai dan putus, kami segera membawa abah ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk," jelas anak Safura bersama bekas suaminya, Hairi Kool itu.

Dalam pada itu, Daniel menjelaskan, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka, manakala jari kelingking yang putus dimasukkan dalam bekas serta dibekukan, selain berkata, bapa tirinya yang pernah berlakon filem 'Pontianak Harum Sundal Malam' dan 'Anak Perjanjian Syaitan', kini semakin stabil.

Klik untuk gambar besar



"Ketika itu, tiada doktor pakar, yang ada hanya petugas perubatan. Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus. Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.

"Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus. Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian menimpanya pada Ramadan ini. Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: