10 April 2023

TUNTUTAN NUSYUZ - SYAMSUL YUSOF TARIK SEMULA



"Kami sudah berbincang, Syamsul akan menarik semula tuntutan nusyuz. Saya juga tidak akan memfailkan nusyuz. Insya Allah, semua tuntutan akan selesai termasuk hak penjagaan anak-anak. Kami akan selesaikan syarat seperti hadanah (hak jagaan anak), nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. Saya sudah memberitahu Syamsul, dia okay sahaja, Alhamdulillah."

Itulah jelas pelakon Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan, dia dan suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof, 39, sepakat untuk menariknya semula semua tuntutan termasuklah nusyuz yang difailkan pada 21 Mac lalu selepas perbincangan demi memudahkan serta menyelesaikan secara baik proses perceraian mereka.


"Tuntutan hadanah akan diselesaikan, manakala nusyuz difailkan Syamsul akan ditarik balik," kata peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Puteri Sarah bersyukur dan percaya kerana berkat Ramadan berjaya membuka pintu hatinya berdamai dan bersemuka dengan Syamsul membincangkan kemelut mereka secara baik.

Klik untuk gambar besar



"Kami berjumpa di rumah, semalam. Secara kebetulan, Syamsul membawa anak-anak berbuka puasa dan bertemu saya selepas itu. Apabila duduk bersama, kami langsung tak bergaduh, malah boleh berbincang dengan baik. Jujurnya, saya juga mahukan segala-galanya berakhir dengan tenang, tiada pergaduhan atau permusuhan.

"Memang betul sebelum ini saya tidak mahu bersemuka, tetapi saya juga tidak mahu bermusuhan. Kami mungkin boleh jadi kawan demi kebaikan anak-anak. Saya nak teruskan hidup dengan tenang dan tak mahu ada dendam dalam hati. Jadi, kami berbincang dan capai kata sepakat dalam tuntutan perceraian. Alhamdulillah, semua syarat-syarat sudah dipersetujui," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: