10 April 2023

TOMOK LUAH RASA SYUKUR DILIMPAHI REZEKI LUAR BIASA SELEPAS INSIDEN 'PENGILAT KUKU'



Meraih rezeki yang tidak terduga... Demikian yang diperoleh penyanyi Tomok yang meluahkan rasa syukur apabila insiden anak perempuannya tertumpah pengilat kuku atau qutex pada pakaian berjenama, membuka peluang pekerjaannya, malah turut dipanggil untuk membuat persembahan di negara jiran.

"Selepas kejadian, orang panggil saya untuk buat persembahan di Singapura, Kedah dan beberapa lokasi lain lagi. Saya dapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan yang penting tawaran tersebut bayarannya lebih daripada kerugian yang saya hadapi.


"Jadi, tawaran kerja akan berjalan sehingga selepas raya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya," jelasnya yang turut bercerita mengenai kejadian yang berlaku, dimana selepas berbuka puasa bersama keluarga, isterinya membeli pengilat kuku berwarna merah jambu buat anak perempuannya, Siti Khadijah.

"Sebenarnya, sebelum masuk ke kedai tersebut untuk membeli seluar buat isteri, saya sudah larang dia (Siti Khadijah) membuka pengilat kuku tersebut. Namun, pembantu rumah saya membantu dia membuka selepas diminta dan tiba-tiba tertumpah serta terpercik pula pada bahagian koleksi unik.

Klik untuk gambar besar



"Kesemua harga pakaian yang rosak tersebut mencecah RM7,000 hingga RM8,000 tetapi saya dapat diskaun. Dalam hati saya agak takut juga kerana amaun yang perlu dibayar tinggi tetapi saya perlu kekal tenang dan mengawal emosi kerana tidak mahu tunjuk contoh buruk di depan anak-anak.

"Khadijah memang ada meminta maaf selepas kejadian dan saya anggap sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati di tempat awam. Bagi yang ada anak kecil, saya faham sangat kadang-kadang kalau berjaga pun anak memang lebih aktif," katanya yang sebelum ini perlu membayar ganti rugi hampir RM6,000.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: