10 April 2023

'KENA BAHAN' DEK KEKASIH DIKATAKAN HANYA ILUSI - BAD INDIGO 'MALAS LAYAN', TEGAS NAFI REKA CERITA



Penyanyi Bad Indigo atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, tampil bertegas menafikan dia mereka-reka cerita berkenaan kewujudan kekasih barunya, selain menjelaskan, ia menjadi haknya untuk menyimpan sendiri atau berkongsi perkara ini dengan orang lain.

"Kenapa... pasal kekasih saya yang dikatakan hanya ilusi? Ini rakan sekerja saya. Dia dah pernah tengok kekasih saya. Kita kongsi untuk kawan-kawan dalam media sosial. Saya pun ada pengikut juga. Tapi kenapa yang warganet tak puas hati dan nak bahankan saya sangat. Bila saya semak detail profil mereka, seakan-akan akaun palsu.


"Yang mereka tahu hanya nak caci, maki dan kutuk. Saya terkejut juga kerana sifat mereka yang begini. Nak caci maki orang mudah sangat keluar dari mulut mereka. Kata saya dah tua, ingat mati, cacat dan menyusahkan orang. Apa yang sampai cakap begini. Memang tak faham.

"Mungkin juga sebab kalau kita tengok betul-betul, akhir zaman memang teruk. Fitnah dah jadi perkara biasa macam tak takut langsung. Kita diam sajalah tapi saya selalu nasihatkan emak dan keluarga supaya jangan baca komen. Fasal nanti mereka sakit hati. Tapi ada juga yang mereka tertengok. Mereka tak boleh tahan, tetap nak tengok juga. Macam saya dah dilatih untuk tak melayan.

Klik untuk gambar besar



"Saya sedih juga bila emak sendiri keluar kat komen kata jangan risau, mami tahu dia wujud. Mesti dia terasa dengan komen-komen terhadap saya. Yang tak seronoknya Instagram (IG) saya tapi kena minta kebenaran orang untuk buat hantaran. Itu sangat merepek. IG saya punya, jadi hak saya untuk berkongsi. Asalkan saya tak mengganggu mana-mana pihak," ulas Bad yang turut berkata, dia tidak pasti sama ada warganet ini dalam kategori 'keyboard warrior' dengan apa yang diperlihatkan mereka.

"Kenapa ada yang nak 'panas punggung'? Saya banyak kali cakap, tak perlu maki datang tempat kerja saya dan jumpa depan-depan. Saya okey. Saya nak tegaskan apa yang dibuat bukan untuk menyaingi bekas isteri, Ashira kerana kami tidak mengikuti sesama sendiri di media sosial. Kami tak pernah tahu cerita satu sama lain," ujarnya yang memberitahu, dia dan bekas isterinya, penyanyi Ashira kini ada haluan masing-masing dan tidak perlu lagi berurusan dan tidak mengganggu antara satu sama lain.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: