10 April 2023

"SAYA LAYAN SAJA ALIFF SYUKRI TU... TAK PERLU SERIUS SANGAT" - SITI NURHALIZA AKUI HANYA BERGURAU ISU 'PENYANYI NOMBOR 1'



"Mungkin saya rasa ini lebih kepada hiburan dan bergurau senda. Saya pun melayan saja Datuk Aliff Syukri tu.Saya tahu dia pun sebenarnya saja. Tak perlu kita ambil serius sangat. Peminat pula janganlah bergaduh. Kita ni memang bergurau begitulah. Saya percaya peminat sayapun faham apa yang diguraukan ini.

"Jadi cool, chill!" ujar penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulas mengenai kenyataan viralusahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang melabelkan dirinya adalah 'penyanyi nombor satu Malaysia' yang kemudiannya 'dipersetujui' oleh Siti sendiri menerusi ruangan komen dan sesi siaran langsung media sosial beliau.


Dalam pada itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, juga menyifatkan gelaran yang diberikan peminat perlu diselarikan dengan hasil kerja yang terbaik.

"Sebetulnya, saya tak adalah dalam hati saya nak orang bagi saya gelaran nombor satu atau apa pun. Bagi saya gelaran itu tak kemana pun, yang penting kerja-kerja kita.

Klik untuk gambar besar



"Kita buat yang terbaik, selagi orang suka selagi itu kita boleh kekal dalam industri ini. Itu yang lebih penting. Saya patut bersyukur banyaklah, sebab peminat menghargai saya. Saya harap biarlah ia kekal,orang menghargai saya dengan sesuatu yang baik dan positif.

"Saya tak naklah orang ingat saya dengan perkara tidak elok. Yang baik itu Alhamdulillah. Harap begitulah seterus-seterusnya," katanya yang merendah diri, selain terharu dengan sokongan serta penghargaan peminatnya hingga kini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: