10 April 2023

BERJUMPA & BERBINCANG - PUTERI SARAH BERSYUKUR SYAMSUL YUSOF AKHIRNYA SETUJU LAFAZ CERAI 18 APRIL INI



"Syukur Alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam. Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh 'move on' dengan kehidupan masing-masing dengan tenang.

"Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah. Saya pun sudah tahu apa saya nak, apa dia nak, cuma tunggu peguam buatkan kontrak persetujuan untuk ditanda tangan. Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja. Sebelum ini, banyak perkara yang tidak terjawab.


"Sekarang ini segala-galanya sudah terjawab, jadi saya hanya mahu ketenangan. Alhamdulillah, saya sudah menemuinya. Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya. Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak. Tiada apa nak bermusuh dan bergaduh. Semuanya selesai demi kebaikan anak-anak. Saya okay sahaja, tak nak lebih-lebih. Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak.

"Berkat Ramadan dan solat tahajud segala-galanya dipermudahkan, hari ini," demikianlah kata pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, yang meluahkan rasa bersyukur apabila dia dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof, 39, mendapat kata sepakat selepas berjumpa semalam bagi membincangkan syarat dan perincian lain dengan ditemani ahli keluarga masing-masing.

Klik untuk gambar besar



Menurut Puteri Sarah, dalam perbincangan tersebut, Syamsul akhirnya bersetuju untuk lafaz cerai terhadapnya pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, kerana suaminya itu juga memang ingin selesaikan kemelut berkenaan supaya tak payah dipanjangkan lagi.

Hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah yang merupakan isteri pertama itu sepatutnya mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu, bagaimanapun JKP terbabit dianggap selesai selepas pertemuan dan perbincangan kata sepakat dibuat mereka.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: