10 April 2023

TERPAKSA DIBEDAH SECARA KECEMASAN - SHARIFAH ARYANA SELAMAT TIMANG 'BABY BOY'



"He's here. 7th April 2023. 3.2kgs emergency c-section.Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan baik saya hanya mahu sedikit masa untuk pulih.

"Terima kasih semua untuk semua doa dan bantuan. Saya bersyukur kerana diberi sistem sokonganyang cukup," itulah tulis pelakon yang mula popular dari filem 'Mukhsin' satu ketika dulu, Sharifah Aryana, dimana dia kini telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 7 April lalu.


Berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram semalam, Aryana memaklumkan, dia terpaksa melalui proses pembedahan secara kecemasan untuk melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram (kg).

Adik kepada pelakon Sharifah Amani itu turut sempat berkongsi foto terkininya di hospital bersama putera sulungnya itu.

Untuk makluman, Aryana mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada 15 Januari tahun lalu.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: