09 April 2023

HUJUNG TAHUN INI - JOHAN AS'ARI RANCANG NIKAH USAHAWAN HARTANAH SELEPAS 4 TAHUN BERCINTA



Pelakon Johan As'ari mendedahkan dirinya sedang menjalani hubungan cinta dengan seorang usahawan hartanah yang dikenalinya sejak empat tahun lalu dan merancang untuk menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.

"Kami sudah kenal lebih empat tahun bermula dengan percintaan jarak jauh kerana sebelum ini dia belajar di London dan sekarang tinggal di Perlis. Selepas mengenali hati budi, kami ada perancangan untuk berkahwin. Andai dia memang jodoh saya, paling cepat hujung tahun ini," jelasnya.


Johan atau nama penuhnya Johan Ariff Asari, 37, bagaimanapun belum bersedia mendedahkan identiti kekasihnya yang dikatakan lebih berusia daripadanya.

"Buat masa ini saya kenalkan dia sebagai 'N' yang berusia 39 tahun, tetapi usia bukan halangan malah kematangan itu membuatkan saya selesa berdampingan dengannya.

Klik untuk gambar besar



"Percintaan kami pun bukan macam pasangan lain kerana dia masih menguruskan perniagaan di utara tanah air. Hanya kepercayaan dan ketulusan yang membuatkan hubungan kami terus utuh.

"N juga seorang wanita yang pandai membawa diri, bukan jenis cemburu atau suka mengawal. Saya tak perlu telefon dia setiap hari kerana kami saling memahami. Sepanjang tempoh mengenalinya saya nampak kualiti dimiliki N yang membuatkan saya yakin dia calon suri hati saya," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: