09 April 2023

"SAYA & ISTERI, MENDOAKAN YANG BAIK-BAIK SAJA BUAT SYAMSUL & PUTERI SARAH... KAMI REDA" - YUSOF HASLAM



Penerbit Datuk Yusof Haslam, 63, akui beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail menyerahkan segalanya kepada anaknya, Syamsul Yusof dan menantu, Puteri Sarah Liyana untuk menyelesaikan masalah rumah tangga itu dengan keputusan sudah dicapai mereka.

"Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak. Kami reda dengan apa saja keputusan esok. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah.


"Kita memang nak mereka terus bersama, tapi Puteri Sarah juga ada sebab dengan keputusan dibuatnya. Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.

"Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah," jelasnya yang dipetik kepada Harian Metro.

Sementara itu, ditanya juga kehadirannya di mahkamah esok, Yusof memaklumkan, beliau tidak akan hadir kerana katanya, cukup hanya titipan doa semoga semua baik-baik saja sama ada mereka terus bersama atau sebaliknya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: