09 April 2023

SYADA AMZAH: "TAKKAN ADA LAGI GAMBAR AYAH... SELAMAT HARI JADI YANG KE-62"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu penyanyi Syada Amzah telah meluahkan isi hati dan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran bapanya, Datuk ND Lala selepas tidak dapat menghubungi bapanya.

"Ayah, bermula hari ini, takkan ada lagi gambar ayah. Ini adalah surat terbuka sebab tak ada sesiapa yang ada akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62.


"Terima kasih atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami berempat," tulisnya dalam hantaran penuh beremosi itu dimana Syada turut berkongsi bahawa dia dan adik beradiknya menerima hakikat tindakan bapanya, yang seolah-olah memilih untuk meninggalkan keluarga.

"Mewakili adik beradik yang saya tahu saya ada (Shila, Shafiq, Syahir dan saya), kami terima hakikat bahawa ayah memilih untuk pergi tinggalkan kami, sekali lagi, ayah tak memilih kami. Kami tahu sebelum ini, tapi sekarang, lebih jelas lagi. Semoga itu, semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih," katanya.

Klik untuk gambar besar



Syada yang juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada bapanya lebih awal, sebelum itu, ada memuat naik video memaparkan ibunya, Datin Fauziah Sarman dengan keterangan ringkas.

"Hanya potongan video ibu saya yang kuat dari beberapa hari yang lalu," tuturnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: