09 April 2023

UBAI NAFI BERSEKEDUDUKAN DENGAN SHILA AMZAH



"Sha (panggilan untuk Shila Amzah) duduk seorang diri. Cuma, kadang-kadang saya ajak kawan-kawan untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya. Nak cakap duduk serumah tu jauh sekali. Apatah lagi, mak saya pun kurang sihat, jadi fokus diberikan buat mak saya.

"Boleh dikatakan setiap kali 'live' TikTok pasti ada yang mengajukan sama ada kami tinggal serumah. Kami pun dah lali sering kali soalan yang sama saja. Namun kebanyakannya adalah akaun palsu.


"Bila Sha 'live' seorang pasti orang tanya Ubai mana? Apabila buat bersama orang tanya pula duduk serumah ke? Sha sudah profesional kerana sudah lama berdepan isu sebegini, cuma saya masih baru lagi," jelas kekasih Shila Amzah, Ubai, 25, yang menolak dakwaan mereka bersekedudukan selepas ditanya segelintir pengikut ketika membuat siaran langsung bersama di TikTok.

"Insya-Allah hubungan saya dengan Sha serius. Mungkin ada sinar kebaikan pada bulan Ramadan ini. Doa saja yang baik-baik," katanya apabila diajukan sama ada dia dan Shila yang juga ibu tunggal itu bakal membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya Ogos nanti.

Klik untuk gambar besar



Lebih menguatkan khabar angin itu, Shila turut memuat naik video mencari cincin bersama Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, yang dimuat naik baru-baru ini.

Ditanya sama ada mereka bakal mendirikan rumah tangga, Ubai yang juga pempengaruh media sosial, bergurau dan mengelak daripada menjawab soalan itu: "Bukan saja nasi minyak, memandangkan kita sudah dekat raya, kita baulah ketupat, rendang dan lemang," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: