09 April 2023

DUDUK RUMAH SATU PAGAR BERSAMA ADIK-BERADIK - AZHAR SULAIMAN KONGSI KESERONOKAN BERGILIR BUKA PUASA



Suasana paling meriah ketika bulan Ramadan apabila kita berkumpul bersama ahli keluarga untuk berbuka puasa sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Begitu juga dengan pelakon Azhar Sulaiman apabila dia berkongsikan video di laman Instagram miliknya, menceritakan keseronokan apabila mempunyai adik-beradik yang tinggal berdekatan, apabila mudah untuk mereka semua berkumpul dan membuat aktiviti bersama-sama.


Malah, tambah Azhar lagi, apa yang lagi seronoknya, apabila kita tidak perlu menaiki kereta untuk ke rumah adik-beradik apabila dia hanya berjalan kaki sahaja memandangkan kesemua mereka tinggal di dalam satu kawasan sahaja.

"Actually kebanyakkan penduduk Kg Sg Penchala…..Parents dan anak anak cucu segala tinggal bersebelahan rumah atau berdekatan sahaja. Kami Hidup Ala Kampung….," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui seronok jika dapat tinggal dalam satu kawasan bersama adik-beradik.

Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengagumi dengan seni bina rumah pelakon itu yang juga merupakan seorang arkitek, dimana ia kelihatan begitu gah serta cantik.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: