09 April 2023

ROSYAM NOR: "SAYA TIDAK BERMINAT UNTUK AMBIL PEDULI... BUKAN MASALAH SAYA"



"Saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mencampuri pertikaian membabitkan Syamsul dengan Aaron. Saya juga tidak berminat untuk ambil peduli mengenai isu. Ada baiknya saya teruskan penggambaran seperti diminta pihak produksi.

"Ketika bekerja saya tidak ambil tahu hal orang lain. Bila sampai dekat set penggambaran saya akan berlakon, jadi apa yang terjadi atau ada dengar-dengar mengenai perkara lain saya tidak peduli. Saya tidak mahu campur-adukkan kerja saya dengan masalah-masalah produksi.


"Konflik yang berlaku itu adalah masalah produksi dan bukannya masalah saya. Kenapa perlu sampai terganggu pula? Dalam hidup ini bukan semua yang kita mahukan boleh dapat. Ada perkara yang kita rancang tidak sempurna.

"Kalau tidak sempurna, kita mohon pada Allah dan habiskan saja kerja kita. Sebagai contoh, kalau bercinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Kalau berkahwin sekalipun tidak semestinya akan kekal."

Klik untuk gambar besar



Itulah jelas pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, 56, yang tidak mahu masuk campur terhadap masalah yang berlaku dalam produksi filem 'The Original Gangster' terutama mengenai konflik pengarahnya, Syamsul Yusof dengan pelakon Datuk Aaron Aziz yang digugurkan.

Hanya berfikir datang ke lokasi bagi menunaikan tanggungjawab, Rosyam yang juga pelakon filem itu berkata, sesiapa yang ada di set penggambaran, itulah pasangan yang akan dia berlakon bersamanya dan apa yang berlaku adalah perkara di luar jangkaan, namun tidak sesekali mengganggu proses penggambaran.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: