08 April 2023

"DIA ADA ANXIETY... JADI PERLU ELAKKAN BERSEORANGAN" - UBAI PASTIKAN EMOSI SHILA AMZAH TAK TERGANGGU DEK ISU RUMAH TANGGA IBU BAPA



"Dia sekarang berada dalam fasa bertenang. Malah dia juga lapang daripada melakukan aktiviti seni setakat ini sebelum menjayakan konsert solo di Singapura selepas raya. Pada mulanya dia terkejut bila peminat bertanya mengenai hantaran yang dilakukan ibunya di Instagram. Seingat saya ketika itu dia sedang bersiaran secara langsung (live).

"Jadi bila keadaan itu berlaku saya nasihatkan dia untuk kurang melihat komen di media sosial memandangkan isu tersebut sudah pun tular. Dia cuba untuk berbuat demikian meski ada ketika lihat juga komen-komen berkaitan. Saya nasihat agar dia positif, insyaAllah ada hikmah akan datang di sebalik apa yang berlaku.


"Kami maklum mengenai status hubungan di media sosial pun ada warganet yang memberi reaksi pelbagai. Kemudian timbul pula isu berkaitan dengan keluarganya pula hingga ia diperkatakan. Jadi untuk mengawal keadaan itu, dia banyak bertanya kepada saya. Kalau dia rasa dalam keadaan yang tak okay dia akan hubungi dan luahkan.

"Ada ketika saya bersama rakan-rakan lain akan berbuka puasa bersama dia. Kiranya kami cuba untuk buatkan dia tidak terlalu memikirkan hal yang sedang berlaku. Saya pesan kepadanya juga untuk sibukkan diri, isi masa dengan pelbagai aktiviti. Dia pun ada anxiety, jadi perlu untuk elakkan daripada berseorangan."

Demikian kata kekasih kepada Shila Amzah, 33, iaitu Ubai Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, yang berkongsikan keadaan penyanyi itu dimana dia memerlukan ruang untuk bertenang susulan hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga ibu bapanya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: