06 April 2023

"TAK TAHULAH NAK MARAH KE NAK GELAK" - PEMBANTU RUMAH SHARIFAH ZARINA 'SEMPAT KEBAS' TUALA SEBELUM LARI



Menerusi perkongsian di laman Instagram hari ini, penyanyi lagu 'Langit Ke Tujuh' iaitu Sharifah Zarina telah memuat naik video berserta gambar pembantu rumah yang baru diambilnya yang bertindak 'lari tengah malam'.

Lega kerana kejadian berlaku tanpa dia sempat membuat bayaran kepada agensi pekerja asing, Sharifah Zarina berkata, dia juga sudah maklumkan kepada wanita terbabit sekiranya tidak serasi bekerja agar memberitahunya supaya dia dapat memulangkan semula kepada agensi seberapa segera.


"Tak tahulah nak marah ke nak gelak. Ambil pukul 10 malam tadi... pukul 4 pagi udah kabur (lari) deh... Mau kemana kamu? Udah ada yang nungguin (menunggu) ya? Tak apalah bukan rezeki saya. Harap-harap tak adalah apa-apa barang yang dicuri. Nasib baik. Kalau tak... memang naya dibuatnya.

"Saya upkan (kongsikan) ini untuk peringatan pada semua mana tahu kalau dia muncul untuk jadi pembantu rumah di rumah anda. Jadi berhati-hatilah. Susah sungguh nak ambil pembantu rumah sekarang ye. Gaji RM1,500 (permulaan) pun nak lari. Lepas tiga bulan naik lagi gajinya.

Klik untuk gambar besar



"Dah la saya ini bukannya ada anak kecil. Semua dah besar buat hal masing-masing. Saya cakap kat dia sapu rumahnya seminggu sekali cukup. Cuci toiletnya seminggu dua kali aja ya udah. Jangan fikir-fikir sangat buat kerja rumah.

"Tapi dia tetap juga nak lari pada subuh hari. Agaknya kamu nak ditularkan. Terima kasih ya transit di rumah saya. Oh...tuala saja dia kebas (curi) setakat ini," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: