Tekad untuk membersihkan nama dan mempertahankan hak, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, menjelaskan, dia tetap meneruskan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Farid Kamil, 42.
"Kita doakan yang mana saman itu tetap jalan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik saman. Mungkinlah. Saya pun tak tahu.
"Ini bukan soal siapa menang siapa kalah, ia hanyalah perkara yang patut kita ambil, kerana apabila kita berdiam diri buat kerja kita, tiba-tiba ada orang menganggu, atau berikan kata-kata buruk, kita perlu mengambil tindakan.
"Saya seorang yang tenang, saya tak suka ada isu dengan rakan-rakan artis kerana kita semua dalam satu bidang.
"Saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman kalau ada orang mengutuk anda di media sosial, jadi saya ambil tindakan undang-undang sajalah," kata Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment