06 April 2023

PACHARA: "KALAU BENCI SANGAT... LEPASKAN SAYA" - AFIQ MUIZ DAKWA TAK TERIMA NOTIS TUNTUTAN CERAI



Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini, berkata, suaminya itu dengan jelas memburukkan dirinya di media dengan pelbagai fitnah.

"Kalau benci sangat kepada saya dan sikap saya yang teruk, lepaskan saya. Cari isteri yang sesuai dan dapat tahan dengan awak. Dah terang-terang dia mengata saya, isteri dia. Macam saya teruk sangat. Jadi, apa lagi? Awak terang-terang bercakap benda buruk mengenai saya dan aibkan saya di media.


"Bukan sahaja aibkan, tapi, dia mendera saya secara fizikal selama tiga tahun. Jadi, apa lagi awak nak? Dari A hingga Z, dia banyak fitnah saya. Saya cuba sedaya upaya untuk tutup mulut. Biar mahkamah yang nampak sendiri bukti dan siapa yang curang," tuturnya.

Dalam pada itu, Pachara menganggap Afiq sengaja melengahkan masa berhubung kes tuntutan fasakh dimana ia telah ditangguh dan akan disebut semula pada 15 Jun hadapan.

Klik untuk gambar besar



"Peguam saya pun maklumkan, ada bukti mesej yang sudah dihantar. Tapi, dia tak mahu berikan kerjasama. Bahkan, sewaktu peguam nak hantar surat pun, dia suruh cari alamat sendiri. Selepas cari beberapa alamat, dia hantar pula alamat taska. Dia seperti mempermainkan staf peguam saya dan itu tak patut," katanya.

Sementara itu, prosiding keterangan saksi yang berlangsung hari ini ditunda selepas Afiq selaku defendan, hadir dan mengaku tidak menerima surat tuntutan cerai dari pihak peguam Pachara, sebaliknya hanya mendapat tahu melalui media.

"Saya tak boleh komen apa-apa. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah," kata Afiq yang dilihat tergesa-gesa menuju ke kereta dimana dia dijemput adiknya yang juga pelakon, Aishah Azman.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: