06 April 2023

ISU 'BILIK' - DIANA DANIELLE, FARID KAMIL ENGGAN ULAS LANJUT



Isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil iaitu pelakon Diana Danielle menerusi perkongsian di Instagram Story, baru-baru ini, telah mendakwa 'bilik' di rumah mereka dianggap tidak sesuai untuk dimasuki anak-anaknya.

Berhubung kenyataan isterinya itu, Farid, 42, enggan mengulas mengenai 'bilik' tersebut apabila hanya menunjukkan gerakan tangan seolah-olah memberi maksud tidak mahu menjawab soalan tersebut : "Takda. Takda apa-apa," katanya.


Sementara itu, Diana turut 'mengunci mulut' dengan membiarkan apa yang dikongsikannya itu menjadi tanda tanya dan hanya berlalu pergi ke kenderaan miliknya tanpa berkata apa-apa.

Terdahulu, Diana mendedahkan Farid bertindak mengurung semalaman anak bongsunya, Nur Aurora atas alasan ingin memberi pengajaran terhadapnya kerana kesalahan memetik cili milik jiran sebelah rumah.

Klik untuk gambar besar



Menurut Diana, bilik tersebut tidak sesuai untuk dimasuki oleh kanak-kanak dan anak mereka tidak sepatutnya berada dalam bilik berkenaan.

"Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada kanak-kanak dalam itu. Jadi, memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: