06 April 2023

PUTERI SARAH TAK HADIR SEBUTAN KES NUSYUZ - SYAMSUL YUSOF TAK MAHU SAKITI ISTERI PERTAMA LAGI, REDA JIKA BERPISAH



"Doakan yang baik-baik bulan Ramadan ini. Saya nak selesaikan apa yang patut dulu. Saya pun nak jaga kata-kata, tak mahu keluarkan yang tidak sepatutnya. Insya-Allah saya cuba reda apa sahaja. Mudah-mudahan begitu juga dengan Sarah. Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakiti Sarah lagi.

"Doakan untuk saya dan Sarah sama ada ia berakhir dengan baik atau tidak. Saya pun tak nak cakap banyak sebab takut salah cakap," kata pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 39, yang memilih untuk lebih menjaga lisan, selain tidak mahu menyakiti perasaan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana.


Ujar Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, dia juga reda dengan apa sahaja ketentuan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Isnin ini dan berharap Puteri Sarah turut berperasaan sama.

Tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pagi Khamis bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah, Syamsul yang ditemani peguamnya, Azmi Mohd Rais itu kelihatan ceria dan tenang ketika ditemui pemberita.

Hakim Syarie, Maizatul Aliza Che Din menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei ini sebagai sebutan semula bagi memboleh pihak-pihak memfailkan pembelaan, susulan Puteri Sarah tidak dapat hadir pada prosiding tersebut kerana berada di luar negara atas tuntutan kerja.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: