23 April 2023

DIPINDAHKAN DARI ICU KE HDU - ROHANA JALIL MASIH KRITIKAL, NAMUN KEADAAN SEDIKIT LEBIH BAIK



"Iya, Mama tidak lagi bergantung kepada tiup pernafasan serta sudah boleh bercakap, cuma, keadaannya lemah," jelas anak bongsu kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil iaitu pelakon dan penyanyi Kilafairy mengenai keadaan terkini ibunya yang masih kritikal, namun keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.

Rohana yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, sejak Selasa lalu, dilaporkan kini sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).


"Mama masih kritikal tetapi sudah dipindahkan ke wad HDU dan di bawah pemantauan rapi doktor. Bagaimanapun, keadaan mama lebih baik sedikit berbanding sebelum ini," kata Kilafairy.

Ketika Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke HCTM, keadaan penyanyi itu belum dapat disahkan puncanya. Namun pada Rabu lalu, penyanyi lagu 'Rayuanku' itu selamat menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut dan keadaannya dilaporkan positif selepas prosiding itu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: