23 April 2023

KONGSI FOTO RAYA - ALYA IMAN TAMPIL TANPA HIJAB



Pelakon Alya Iman, 22, tidak ketinggalan berkongsi foto syawal pertamanya di media sosial.

Namun perkongsian foto terbabit telah menarik perhatian ramai apabila dia tampil tanpa mengenang hijab seperti sebelumnya.


Menerusi foto yang dimuat naik, anak kepada pelakon filem 'Ali Setan', Azmil Mustapha itu dilihat memakai baju kurung moden biru dengan rambut panjangnya berwarna perang.

Bagaimanapun, Alya yang menulis kapsyen mengucapkan selamat hari raya buat semua pengikutnya itu hanya mengehadkan ruangan komen untuk kenalan yang mengikuti media sosialnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, nama Alya menjadi perhatian apabila didakwa menjalin hubungan dengan ahli perniagaan berstatus suami orang, malah mereka sudah mengikat tali pertunangan, sebelum memutuskan hubungan pada Mac 2020.

Kemudian, Alya bertunang dengan seorang duda dengan dua cahaya mata, Ridwan Rosli pada 2020, namun hubungan mereka terlerai selepas dua tahun.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: