21 April 2023

"KAMU RISAUKAN NUSYUZ TU... HABISLAH IMEJ 'ISTERI TERANIAYA' YANG AWAK POTREYKAN..." - SYAMSUL YUSOF



"Kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita.Jadi habislah imej 'isteri teraniaya' yang awak potreykan pada umum selama ini, itu yang kamu risau.

"Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya hari itu masa kita berjumpa. Siap cakap "jangan beritahu orang okay".Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit, bila suami tidak setuju mahu dicanang video suami pula. Baiklah tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang itu pula ya Sarah? Cukup sampai situ. Ya di mahkamah sahaja kita selesaikannya.


"Saya tulis ini semua bukan mahu netizen sokong saya, tak perlu, cukup Allah untuk saya.Syamsul minta Puteri Sarah henti pergunakan anak-anak dan ibu bapanya demi meraih simpatinetizen.Gunakan anak dan ibu bapa saya. Kita boleh selesai cara baik tapi memilih untuk terus mengaibkan suami dan keluarga saya dan mentua.

"Qada dan qadar. Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah, janganlah berdendam kesumat hingga ke tahap ini. Ia akan makan diri dan anak-anak kita. Menjadi fitnah masyarakat. Kamu tak terima poligami tak apa, kita berpisah cara baik. Bukan dengan cara ugut suami dan canang di sosial media berpura-pura konon kamu isteri solehah yang dianiaya.

Klik untuk gambar besar



"Jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah cara baik dan aman. Demi anak-anak kita. Saya adalah ayah pada anak-anak kita walau apapun dan begitu juga kamu ibu pada mereka," itulah tulis pengarah Syamsul Yusof yang tampil mempertikaikan tindakan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana yang mengeluarkan kenyataan sindiran ketawa membaca tuntutan nusyuz yang dibuat terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Dakwa Syamsul, Puteri Sarah hanya bersetuju untuk bertemu dengannya dan berbincang dan bersungguh-sungguh mahu dia menarik kembali tuntutan nusyuz yang dibuat kerana risau dengan tuntutan berkenaan terdapat bukti pelakon itu mempunyai hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: