21 April 2023

SEJAK NENEK 'PERGI' - ZIZAN AKUI TAK SELESA BALIK BERAYA DI DUNGUN KERANA RINDU



Pelawak dan pelakon, Zizan Razak, 38, akui dia tidak lagi pulang ke kampungnya di Dungun, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri sejak neneknya, Zainoon Abdullah meninggal dunia pada 2020 akibat kanser, kerana katanya, dia jadi tidak selesa untuk beraya di sana kerana merindui neneknya itu.

"Saya akan tetap pulang ke kampung, tetapi buat masa sekarang saya memilih untuk beraya di Kuala Lumpur. Raya kedua atau ketiga mungkin saya akan balik sekejap jumpa abah. Selebihnya akan berada Kuala Lumpur," jelasnya.


Ditanya mengenai persiapan menjelang Aidilfitri, Zizan atau nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak berkata, sambutan raya kali ini disambut secara sederhana saja seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Persiapan biasa saja, sama seperti tahun-tahun lalu saya raya bersama ibu dan abang. Saudara-mara yang lain semua berada di Dungun bersama abah, jadi nanti saya akan pulang juga jumpa mereka," kata Zizan yang turut berkongsi, suasana beraya di bandar dan di kampung ada perbezaannya tetapi boleh menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Zizan menjelaskan, jadual cuti rayanya tidaklah begitu panjang kerana terbabit dengan penggambaran.

"Tahun ini dan sebelum-sebelumnya saya tidak menetapkan cuti. Kalau perlu ada penggambaran saya akan lakukan saja," ujarnya yang kembali dengan filem 'Polis Evo 3' arahan Syafiq Yusof yang bakal ditayangkan pada 25 Mei ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: