20 April 2023

TERLIBAT KEMALANGAN MOTOSIKAL - BEKAS PENYANYI KUMPULAN PEARL ALAMI CEDERA PARAH



Bekas penyanyi kumpulan Pearl, Mohd Amir Esa telah terlibat kemalangan motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, semalam, sehingga mengakibatkan patah lapan bahagian di tulang rusuk kanan, retak tulang bahu, retak kecil di bahagian leher dan sedikit pendarahan di otak.

Pengurus artis, Aalan Ahmad memberitahu, ketika kejadian Amir yang tinggal di Cyberjaya keluar untuk mengambil barang di IOI City Mall sebelum mahu pulang ke rumah.


Tambahnya lagi, Amir yang menunggang motosikal sendirian tidak dapat dipastikan sama ada menjadi mangsa langgar lari atau jatuh sendiri.

"Saya dihubungi anaknya yang memaklumkan kejadian menimpa bapanya itu. Kemalangan berlaku semasa dia menunggang berhampiran susur keluar SKVE. Agak sukar untuk kenal pasti kejadian sebenar kerana tiada saksi. Orang awam jumpa dia dalam keadaan terbaring sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang," jelasnya.

Untuk info, Amir bersama Pearl aktif di industri muzik tanah air pada 1996. Mereka menempa nama menerusi lagu popular 'Aku Tidak Bersalah'.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: